Friday, July 31, 2009

H1N1




Erm... Malaysia sekarang dah mencatat 3 kematian berdasarkan kes H1N1. Alaaa.. selesema babi tue... Skang nie semua orang harus berwaspada dan lebih menjaga kesihatan. Dalam usaha membanteras penyakit ini, semua orang harus mengambil berat mengenai kesihatan memasing. Dalam kem PLKN sendiri pon dah 11 kem telah ditutup sementara waktu sehingga 5 Ogos nie...
Sebagai langkah berjaga-jaga, mencegah sebelum merawat... marilah sama-sama menjaga kesihatan dan ikutlah arahn kkm... ;)

Thursday, July 30, 2009

AKTIVITI MENEMBAK











Hari ni seramai 250 orang pelatih turun ke padang sasar kem Sungai Besi untuk aktiviti menembak.. seawal jam 0630 pagi, kami bergerak dari kem dan tiba di sana pada jam 7.30 pagi..

Walaupun begitu, masih ada dikalangan pelatih yang tidak mendapat kebenaran oleh ibu bapa untuk turut serta dalam aktiviti menembak.
Jumlah markah tertinggi bagi wira adalah 93 dan wirawati 91. Tahniah. Dua-dua dari kompeni Delta. Tahniah Delta. Aku pon menembak jugak tapi mata cukup makan jer... hee...he...
Kekadang aku tersenyum mengenangkan para pelatih. walaupun sakit, tetap bertahan demi mengikuti aktiviti menembak. Syabas.. opssss.. jangan sampai memudharatkan diri tau.

Wednesday, July 29, 2009

Monday, July 27, 2009

HARI TERBUKA

Pada 18 Julai yang lepas, telah diadakan hari terbuka kem. Seperti biasa, hari terbuka disajikan dengan aktiviti dewan di mana pelatih mempersembahkan persembahan berdasarkan bakat yang dimilikki. Kali ini tiada persembahan kawad kaki.. semuanya tertumpu pada aktiviti dewan dan persembahan tali tinggi oleh pelatih-pelatih. Ramai jugak tamu yang datang. Secara kebetulan, hari tersebut merupakan hari pergerakan balik para pelatih untuk bercuti sehingga 23 Julai.
Persembahan terdiri daripada tarian pelbagai kaum yang merangkumi tarian Melayu, Cina,
India dan tidak terkecuali etnik Sabah dan Sarawak. Berbakat jugak diorang nie dalam menjayakan hari terbuka..
Kebiasaan, pada hari terbuka, ibubapa dibenarkan untuk melawat kediaman anak masing-masing. elok ke, tak elok ke.. :)

Saturday, July 11, 2009

RUTIN DI KEM

Erm... apa yang seronok kat kem yer? Di kem PLKN, peserta dipilih dari pelbagai bangsa dan agama. Pelbagai ras dan etnik. Ada Melayu.. ada Cina.. ada India.. dan pelbagai ras dan etnik. Bila berkumpul dalam satu tempat seperti ini, peluang ini digunakan sebagai satu langkah kepada para pelatih untuk mengenal antara kaum yang lain di negara ini. Ini bermakna, mereka mempunyai satu peluang untuk mengembangkan pengetahuan dan pengalaman tentang mereka yang berlainan bangsa ini.

Apatah lagi, peluang ini sebenarnya adalah sebagai satu langkah pertama bagi yang tidak pernah berpisah dengan keluarga untuk belajar berdikari dan berdiri dengan kaki sendiri tanpa terlalu bergantung harap pada ibubapa.

Di kem, kebiasaan harian, sebelum memulakan aktiviti kelas, pelatih mengikuti senaman pagi selama 30 minit. Bagi yang muslim, mereka diwajibkan untuk turun solat subuh berjemaah di surau. Pada setiap waktu solat, sememangnya diwajibkan untuk solat di berjemaah di surau.

Sarapan pagi bermula pada jam 730 selepas mengikuti senaman pagi. Kelas pula (CB / KN) akan bermula pada jam 900 pagi dimana pelatih akan berkumpul untuk ke kelas 30 minit sebelumnya..

Pada jam 1030 pagi, pelatih di beri rehat selama 30 minit untuk minum dan berehat seketika sebelum menyambung semula kelas pada jam 1100 pagi.

Kebiasaan makan tengahari disediakan pada jam 1230 tengahahari dan pada jam 1400, pelatih akan mengikuti kelas fizikal seperti kawad kaki, pertolongan cemas, elemen tali tinggi, elemen tali rendah dan sebagainya.

Kelas akan tamat pada pukul 1630 petang dan pelatih muslim akan solat berjemaah di surau.

Pada jam 1700, pelatih akan mengikuti riadah dan berhenti rehat untuk makan malam pada jam 1800.

Pada waktu malam, kebiasaan kem tiada aktiviti akan dijalankan. Malam di gunakan untuk pelatih berehat dan membuat persediaan untuk hari esok.

memang jadual nampak padat, tetapi ianya adalah penjadualan di waktu siang sahaja. Malam tidak diganggu tetapi jika ada persediaan untuk majlis tertentu, ruangan malam akan diambil sehingga jam 2230 dan seterusnya pelatih akan tidur pada jam 2300.

Tiada lagi pergerakan selepas jam 2300. Begitulah rutin harian di kem. Memandangkan segala peralatan dan kemudahan adalah untuk dikongsi bersama, kadang-kala kita sendiri seharusnya mencari peluang itu agat kita tidak membazirkan masa yang ada.

Friday, July 10, 2009

LOGO LATIHAN KHIDMAT NEGARA


Konsep logo yang cuba ditonjolkan ialah api yang sedang membara melambangkan semangat patriotisme.
Bentuk api dihasilkan dengan jalur merah melambangkan 3 suku kaum utama di Malaysia bersatu padu mempertahankan negara.
Bentuk bulat berwarna biru menandakan perpaduan yang erat antara yang terjalin antara kaum.
Bentuk bulan dan bintang pula melambangkan kedaulatan negara yang harus dipertahankan oleh semua pihak.
Perkataan KHIDMAT NEGARA dibentuk mencakupi bentuk api tadi bagi melambangkan misi dan visi yang akan dilaksanakan.

Wednesday, July 8, 2009

Monday, July 6, 2009

Friday, July 3, 2009

FALSAFAH LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin, bersemangat waja, berkeyakinan diri, setia kepada negara, sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan serta untuk memupuk kerjasama dan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di samping menanam dan menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan di kalangan generasi muda

Wednesday, July 1, 2009

KHIDMAT NEGARA

erm... apakah semua orang tahu apa itu khidmat negara ekk?
dalam khidmat negara nie, luas bidangnya.. salah satu darinya adalah sebagaimana yang ada sekarang macam polis, tentera dan pertahanan awam. Itu khidmat negara secara besarnya.
Di bawah khidmat negara, ada lagi latihan khidmat negara.

Latihan Khidmat Negara membawa satu misi yang jelas untuk MENYEDIAKAN REMAJA MALAYSIA YANG BERJIWA DAN BERSEMANGAT PATRIOTIK SERTA SENTIASA BERSEDIA UNTUK KHIDMAT NEGARA SEJAJAR DENGAN KONSEP PERTAHANAN MENYELURUH KE ARAH MENGUKUHKAN KEAMANAN DAN KEMAKMURAN NEGARA.

Negara kita sekarang memang masih aman dan damai namun tak salah sekiranya kita bersedia lebih awal untuk terus memberi keamanan kepada negara tanpa menanti keamanan itu digugat baru nak pertahankan.

Siapa yang akan pertahankan negara?

ermm... dalam program nie, mereka yang terpilih adalah dikalangan remaja 17 tahun. Mereka terpilih adalah sebagai satu langkah untuk menyemai perasaan sayangkan negara dan mempertahankan negara. Ini bukan bermakna, golongan yang diperingkat dewasa tidak sayangkan negara. Ini adalah satu pendedahan mengenai siapa kita dalam negara kita agar remaja sedar dan tahu tentang perjuangan mereka dalam meneruskan perjuangan tokoh terdahulu dan meneruskan azam dan matlamat para tokoh dalam memajukan dan mengamankan negara...