Wednesday, October 28, 2009

KAJIAN KEBERKESANAN PLKN

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Satu kajian keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) terhadap 60,000 bekas pelatih akan diadakan bagi mengenal pasti sejauh mana pelaksanaan program itu memberi kesan kepada mereka dan masyarakat.Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kajian itu akan dilaksanakan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bermula 1 Nov ini selama sebulan, dengan seramai 5,000 kakitangan dan jurulatih PLKN serta kelab alumni program itu terbabit dalam kajian tersebut."Kita akan memilih responden secara berstruktur dan mensasarkan seramai 60,000 peserta daripada 430,000 bekas peserta PLKN.
Mereka ini akan diberi borang soal selidik dan penyelidik akan menemubual mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (Kakep) di sini Sabtu.Ahmad Zahid berkata kajian itu juga bertujuan mendapatkan pandangan masyarakat mengenai PLKN dalam usaha membantu JLKN merancang penambahbaikan modul-modul latihan PLKN.
Oleh itu, katanya JLKN akan menumpukan kepada kumpulan sasar iaitu bekas pelatih PLKN, ibu bapa dan penjaga bekas pelatih, majikan bekas pelatih, pusat pengajian tinggi, pusat pendidikan dan masyarakat umum bagi mencapai matlamat itu."Kita harap apabila kajian ini siap kelak, ia akan dikemukakan kepada jemaah menteri untuk mendapatkan pandangan mereka terhadap beberapa langkah lanjut," katanya.
Sementara itu, mengenai bajet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat bagi Kementerian Pertahanan, Ahmad Zahid berkata pihaknya akur dengan jumlah yang diperuntukan itu walaupun ia berkurangan berbanding bajet yang diumum tahun lepas."Ini adalah kerana situasi ekonomi tidak mengizinkan Kementerian Pertahanan untuk memperolehi bajet yang lebih namun penggantian aset dan penambahbaikan insfrastruktur dan kemudahan angkatan tentera tidak boleh dilambatkan," katanya.-- BERNAMA

Wednesday, September 23, 2009

WIRAJAYA







PENUTUP KEPADA MODUL FIZIKAL



Wednesday, September 2, 2009

KEM PLKN SETIA IKHLAS

Kem PLKN Setia Ikhlas telah di buka dengan rasminya pada 4 Januari 2005 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.

Kem ini berasal daripada sebuah lombong biji timah yang berkeluasan 5 kali padang bola sepak.



Pada tahun ini, sudah hampir 5 tahun kem ini mencurahkan bakti dalam membentuk anak bangsa.