Erm... apa yang seronok kat kem yer? Di kem PLKN, peserta dipilih dari pelbagai bangsa dan agama. Pelbagai ras dan etnik. Ada Melayu.. ada Cina.. ada India.. dan pelbagai ras dan etnik. Bila berkumpul dalam satu tempat seperti ini, peluang ini digunakan sebagai satu langkah kepada para pelatih untuk mengenal antara kaum yang lain di negara ini. Ini bermakna, mereka mempunyai satu peluang untuk mengembangkan pengetahuan dan pengalaman tentang mereka yang berlainan bangsa ini.
Apatah lagi, peluang ini sebenarnya adalah sebagai satu langkah pertama bagi yang tidak pernah berpisah dengan keluarga untuk belajar berdikari dan berdiri dengan kaki sendiri tanpa terlalu bergantung harap pada ibubapa.
Di kem, kebiasaan harian, sebelum memulakan aktiviti kelas, pelatih mengikuti senaman pagi selama 30 minit. Bagi yang muslim, mereka diwajibkan untuk turun solat subuh berjemaah di surau. Pada setiap waktu solat, sememangnya diwajibkan untuk solat di berjemaah di surau.
Sarapan pagi bermula pada jam 730 selepas mengikuti senaman pagi. Kelas pula (CB / KN) akan bermula pada jam 900 pagi dimana pelatih akan berkumpul untuk ke kelas 30 minit sebelumnya..
Pada jam 1030 pagi, pelatih di beri rehat selama 30 minit untuk minum dan berehat seketika sebelum menyambung semula kelas pada jam 1100 pagi.
Kebiasaan makan tengahari disediakan pada jam 1230 tengahahari dan pada jam 1400, pelatih akan mengikuti kelas fizikal seperti kawad kaki, pertolongan cemas, elemen tali tinggi, elemen tali rendah dan sebagainya.
Kelas akan tamat pada pukul 1630 petang dan pelatih muslim akan solat berjemaah di surau.
Pada jam 1700, pelatih akan mengikuti riadah dan berhenti rehat untuk makan malam pada jam 1800.
Pada waktu malam, kebiasaan kem tiada aktiviti akan dijalankan. Malam di gunakan untuk pelatih berehat dan membuat persediaan untuk hari esok.
memang jadual nampak padat, tetapi ianya adalah penjadualan di waktu siang sahaja. Malam tidak diganggu tetapi jika ada persediaan untuk majlis tertentu, ruangan malam akan diambil sehingga jam 2230 dan seterusnya pelatih akan tidur pada jam 2300.
Tiada lagi pergerakan selepas jam 2300. Begitulah rutin harian di kem. Memandangkan segala peralatan dan kemudahan adalah untuk dikongsi bersama, kadang-kala kita sendiri seharusnya mencari peluang itu agat kita tidak membazirkan masa yang ada.
Saturday, July 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment